Entries Tagged 'Kelakar' ↓

Full Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan ‘pantang’ bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk ‘boost up’ coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod ‘ID. 10T’ tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod ‘ID. 10T’ tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

duitrm2.jpg

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod ‘ID.10T’ tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak..

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod ‘ID.10T’ tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod ‘ID.10T’ dah bertukar menjadi ‘IDIOT’ ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena……
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul…tapi cobaan…..

Pesanan Pizza Tahun 2850 - Mesti Baca

pizza.jpg
photo credited to:www.djmercer.com

Sistem database automatik mengatur
kehidupan manusia- Slamat dtg ke dunia IT.
Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850
Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu ….
Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza

Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonanseterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen
18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext
999 dan no telefon bimbit :anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak ?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang
berlebihan dari paras normal.

Konsumen : Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul “Popular Hokkien Dishes”dari
perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg sayapesan tadi?

Operator : Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7
orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan
ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum
termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelumpenghantar pizza sampai , ke
rumah saya.

Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat
bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari
RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan
di hantar ?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik
boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran
BWW 2114 betul kan pakcik ?

Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada
yg nak kena belasah ni??!!,

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010
pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang
seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm….)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami
tidak mau mengambil sebarang risiko…..

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan
pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan
passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan… terima kasih
kerana telah menghubungi Pizza Hot….